Showing posts with label Rindu. Show all posts
Showing posts with label Rindu. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

BAYANG-BAYANG RINDU 2

Credit to: mr. google



Matikanlah bahasa rindu
yang kau hantar buatku
titipkan bahasa rindumu
buat insan lain yang lebih perlu

pergilah layang-layang
asalkan... kau biarkan bayang-bayang
tetap setia hingga ke petang

HAdira Kifly
Arjuna Hati
Bandar Baru Bangi
03072012 , 00:28

Sunday, July 1, 2012

BAYANG-BAYANG RINDU











Ada sendu dalam rindu
ada getar dalam kalbu
ada jiwa yang merintih sayu
saat kau ucapkan rindu
dan setia itu milikku

tidakkah kau sedar?
kasihku kian pudar
saat hatiku telah nanar
saat cintaku jauh kau lontar

terbanglah layang
di balik bayang-bayang
tinggalkan kasih demi sayang

HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
Arjuna Hati
01072012 , 22:16

Friday, June 29, 2012

KORNEA RINDU






Kornea Rindu

Izinkan aku sentuh bibirmu
dengan jari runcingku
membekukan kata rindu
dan bahasa tubuhmu
dari pandangan mataku
ke kornea mata milikmu.

Terbanglah layang-layang rindu
membelah embun cinta
di belantara gelora rasa.

HAdira Kifly
Arjuna Hati
Bandar Baru Bangi
28062012 , 23:49






Friday, May 4, 2012

PELANTAR KEHIDUPAN





Hidup dipelantaran

bagai ikan kelayuan

masin di daratan

manis di lautan

tenggelam kelemasan

timbul kehausan

terkapar di perbaringan



HAdira Kifly
Arjuna Hati
Bandar Baru Bangi
18012012 22:59

Saturday, October 22, 2011

JIWA SAKIT MENJERIT


Menjaga orang sakit
hati terasa perit
jiwa terasa hiba
bila dia mula berbicara
menanti lapan kaki tiba
bagai menanti bulan jatuh ke riba
menahan ketar jari kaki
tangan tak mampu berdiri
memadam api dalam nyawabagai menyiat kulit di atas bara
melihat dengan mata
tak sa,a dengan merasa
mendengar dengan telinga 
berbeza bila menyentuh haba
menyentuh dengan jiwa
berbeza dua dunia

Bukan aku merayu pilu
cuma penyampai hati yang sayu
menari penaku kaku
dalam hajat ingin bersatu
biar terpanggang matahari ceria
ingin dia kembali bahagia
empat insan bersatu kepala
duduk semeja bersua muka
penuh tawa tiada hiba
tanpa keruh nada suara
bersatulah jiwa - jiwa
sebelum jasad dan nyawa
terpisah antara dua
.

HAdira Kifly
Arjuna Hati
Tasek Gelugor , Pulau Pinang
22102011 20:48

Friday, September 30, 2011

SETITIS CAHAYA

Dalam cerah suasana
aku nampak setitis cahaya
jatuh merebah sembah
aku langut ke langit
masih tetap cerah

sesekali meletup cahaya
ada air yang menempias di muka
kaget menahan gelora
yang getarnya tersembunyi
yang kabutnya tidak terperi
yang indahnya sering dicari

disentuh ia hilang
dipijak ia pecah
ditadah ia rebah
dicari ia berlari
tanpa disedari


HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
30092011, 16:55

PERINDU KERONCONG

Dimana keroncong
puisi si sulung
berbahasa riang
melakar alam
memanggil rindu
bukan hempedu


HAdira Kifly
Puisi Sang Perindu
Bandar Baru Bangi
30092011, 01:17

Tuesday, September 27, 2011

KELONGSONG KEPOMPONG

Di dalam kepompong
ada satu ruang kosong
dari luar nampak seperti kolong
yang jalannya telah bolong
di sisinya penuh lohong
pintu yang rapuh dibiarkan kosong
yang terbiar usang hanya kelongsong


HAdira Kifly
Puisi Sang Perindu
Bandar Baru Bangi, Darul Ehsan
27092011 , 15:21

Monday, September 26, 2011

BUIH RINDU

Kulangutkan wajahku
aku pandang langit biru
aku lihat larat awan di situ
ada asa yang membeku
dan aku berlalu
tertunduk wajahku

saat buih-buih rindu
ada dikornea mataku


HAdira Kifly
Puisi Sang Perindu
25092011 , 13:39

Wednesday, July 27, 2011

Piluku Terkedu

Seharian berlari kehadapan
dari sini aku memandang ke kanan
aku nampak kelibat di belakang
lalu aku berpaling semula ke kiri kehidupan
kerana rindu itu terkumpul di perdu


aku rindu menyambut kasihmu
aku seru namamu tanpa jemu
aku mahu tebarkan bahagiaku
aku mahu kongsikan ceriaku
aku mahu kau tahu tentang rinduku


namun bahasaku jauh tertinggal di istanaku
suaraku tersekat di situ
saat kau lontarkan amarahmu
mengatakan aku mengganggumu
membuat aku pilu terkedu
lalu melayang roh dijiwaku...

Tuesday, July 26, 2011

SENANDUNG MALAM

Cukup indah bila malam bersenandung 
bersama deru angin 
yang berhembus merdu


cukup indah ada pungguk
meneman bulan yang merindu


terlalu damai sekeping hati
dimercu bahagia




HAdira Kifly
Bandar Baru Bangi
09102011 19:59

Tuesday, June 28, 2011

Hilanglah Catatan Kisah Cinta

Di mana lagi harus aku
mencari
sejalur embun yang
menitip kerinduan
catatan kisah duka
seorang insan
pada gugusan rindu
kehidupan
lembaran-lembaran kisah cinta kurniaan tuhan
yang kita lalui semalam
kenangan yang kita
pertahankan
lenyap segalanya dari
pandangan
sejarah hanya tinggal
kenangan
lalu gugur satu persatu
mutiara tanpa dapat
ditahan...

Dulunya dia terlalu
dinantikan kehadirannya
dia diagung-agungkan
sentiasa
dulunya terlalu dijaga
keperluannya
lalu disimpan segala cerita
buat titipan rindu pada
yang setia
datang seorang yang
sedang berduka
menggunakan hamparan lembaran yang ada
lalu dipadam segala kisah cinta yang tertera
tanpa terbit sebarang rasa
hilanglah catatan yang
terjaga
dibawa hembusan yang mendamai
hilang tanpa jejak yang
dapat dikesan...

Tuesday, May 10, 2011

Ku Kirimkan Lagu Rindu..

Di hujung sana
melodi indah berirama
burung merpati tenggek berdua
bersiul merdu untuk kita
cerita indah yang pertama
memori yang takkan dilupa
biar hingga ke akhirnya..

Hingga ke dini hari
dikau masih tiada di sisi
setia berdiri di daerah sepi
menanti aku hadir
mengiringi

aku yang masih
terdampar di sini
ditiup merdu oleh sang bayu
lalu aku titipkan rindu
agar cinta membalut
tubuhmu

sampai saat itu
dikau tetap tegak berdiri
tersenyum indah
memandangku
membuat aku langsung terpaku
melihat sesusuk tubuh
milikmu
juga indah seraut wajahmu
lalu bergetarlah seluruh jiwaku..

Sunday, May 8, 2011

Bersama Warga Kerajaan Bertahta

Si Putera menagih kasih
Minta diiring dan diarak melata
Menjelajah bersama
melihat kota
Bersama Ratu adalah utama
Kerana hati teramat
rindu

Sedang fajar naik melangit
Kutebarkan hasrat sang Putera
Ratu mendengar penuh ceria
Tersenyum senang diselit hilai tawa
Persiapan dilakukan serta merta

Lalu dikhabarkan kepada dia
Pemimpin agung, taat
dan setia
Hasrat ingin melawat
kota
Dengan senang dia
berkata
Berangkatlah ke mana
sahaja
Asal pulang ke Kerajaan Bertahta
Moga kita kekal bahagia..

~_~
'Terima Kasih, Pemimpin Kerajaan Bertahta'
'Only you...'

Terima Kasih, Pemimpin Kerajaan Bertahta!

Sekali lagi di sini
Berdiri di daerah permai
Di bawah lindungan 'Kerajaan Bertahta'
Bernaung seorang Ratu
Di bawahnya seorang
pemimpin yang taat setia

Saat aku ditinggalkan di sini
Aku terjerut tanpa arah
Aku khuatir satu dua
langkah
Aku suakan pilu sepiku
Lalu dia katakan padaku
"Tawan hatinya
Beli jiwanya
Nescaya engkau akan
bahagia"

Aku akur perintah si
pemimpin
Aku turuti permintaan
Ratu
Aku tawan hati yang
rindu
Hingga aku benar-benar
menjadi aku
Aku bergerak bebas
bersuka ria
Aku gembira semahu
hatiku
Aku tertawa dengan hilai tanpa cuka
Aku senyum bila dia
bangga
Aku bahagia bila dia
bahagia
Dan pemimpinnya
masih lagi keluar masuk negeri
sedang aku setia menanti
Terima kasih
duhai kekasih hati..

~_~
"Only You.."

Saturday, May 7, 2011

Gurindam Pahit

Duhai hati yang tak berlagu
Hilanglah hibamu
cairlah segala beku di dada
tenanglah segala macam rasa
tabahlah menghadapi onak duri yang melanda

Sunday, April 24, 2011

Perjalanan kita

Senja itu
kau khabarkan rindu padaku
kau kata kau mahu mengembara
nun jauh ke utara
kau mahu berjalan
membelah angin pelabuhan

Aku sua keinginan
andai aku memang dibenarkan
aku mahu bersama mengembara
menghilangkan resah dan rindu di dada
bertemumu duhai sang pencinta

Kau terdiam sejenak
merenung mencari kepastian
menolak jika ada keraguan
menerima jika ada keizinan
dan melaksanakan jika ada kesempatan

Setelah beberapa ketika
kau menghubungiku
kau pinta aku bersamamu
merentasi perjalanan semanis madu
hanya kau dan aku
tanpa ada yang mengganggu

p/s: dikarang istimewa dari dalam 'cabin'. ^_^

Tuesday, April 19, 2011

Masih Lagi Aku Terasa

Kuterdengar sayup merdu suaramu
Saat cinta terlafaz untukku
Masih terasa getaran itu
Saat mata kita saling beradu
Saat seisi alam fikirku terbuai mengenangmu
Mendesirkan senandung lagu rindu

Biar engkau pergi
Membawa getar rindu di hati ini
Bersama angin lalu yang mendayu
Aku mahu detik indah waktu dulu
Tersimpul padu dihatiku
Bagai pelangi
Yang indah warnanya
Biar hanya sekejap cuma...

p/s: Olahan sajak ini didedikasi untuk sahabat blogger ps.. :)

Monday, September 27, 2010

ATAS SEBUAH RINDU

Atas nama kasih
yang tiada noktahnya
aku semai persaan ini
tiap detik
waktu dan ketika
dengan mengingatimu
ku hulur doa untukmu

namun,
hari yang berlalu tetap berlalu
saat berganti minit
minit berganti jam
jam berganti hari
hari berganti minggu
minggu berganti bulan
bulan berganti tahun
aku terus merinduimu
dan mengingatimu

detik kukaburkan ingatan
bayang yang kau berikan
semakin hampir padaku

sungguh aku tak mampu
menolak hatimu
jauh dari hatiku

Pelangi

maaf