Showing posts with label Rasa. Show all posts
Showing posts with label Rasa. Show all posts

Friday, June 29, 2012

KORNEA RINDU






Kornea Rindu

Izinkan aku sentuh bibirmu
dengan jari runcingku
membekukan kata rindu
dan bahasa tubuhmu
dari pandangan mataku
ke kornea mata milikmu.

Terbanglah layang-layang rindu
membelah embun cinta
di belantara gelora rasa.

HAdira Kifly
Arjuna Hati
Bandar Baru Bangi
28062012 , 23:49






Saturday, May 5, 2012

POHON SENJA

Dia adalah pucuk
daun pohon kedondong
hijau pada waktu senja

yang mengorak langkah
bila putih pasir menjadi hitam
kesannya hilang bila dijamah ombak

yang menabur kuntum mawar
bila merah tanah masih basah
serinya hilang dibawa bersama ke pusara

yang menanti embun di malam hari
bila terik mentari bertukar ganti
hilang basahnya tersisip sepi

HAdira Kifly
Arjuna Hati
Batu Pahat, Johor
04052012 09:27

Sunday, February 12, 2012

BIAR SAJA


Jauh mana kaki melangkah
tinggi mana aku terbang
yang menghubungi kita hanya cakra
namun pasti tak akan putus 
hilang di masa

pantas mana masa berlalu
yang menentukan cinta kita
hanya takdir dari-Nya
semoga kekal selamanya
sampai ke syurga


HAdira Kifly
Sayang Cendana
Bandar Baru Bangi
12022012 02:00

Saturday, October 22, 2011

JIWA SAKIT MENJERIT


Menjaga orang sakit
hati terasa perit
jiwa terasa hiba
bila dia mula berbicara
menanti lapan kaki tiba
bagai menanti bulan jatuh ke riba
menahan ketar jari kaki
tangan tak mampu berdiri
memadam api dalam nyawabagai menyiat kulit di atas bara
melihat dengan mata
tak sa,a dengan merasa
mendengar dengan telinga 
berbeza bila menyentuh haba
menyentuh dengan jiwa
berbeza dua dunia

Bukan aku merayu pilu
cuma penyampai hati yang sayu
menari penaku kaku
dalam hajat ingin bersatu
biar terpanggang matahari ceria
ingin dia kembali bahagia
empat insan bersatu kepala
duduk semeja bersua muka
penuh tawa tiada hiba
tanpa keruh nada suara
bersatulah jiwa - jiwa
sebelum jasad dan nyawa
terpisah antara dua
.

HAdira Kifly
Arjuna Hati
Tasek Gelugor , Pulau Pinang
22102011 20:48

MASIN AIR HUJAN


Bermain dalam hujan
berlari kebasahan
berpusing keriangan
menari keseorangan
tersenyum menatap keindahan
dunia ciptaan Tuhan


meniti gelombang kehidupan
berdiri di tengah lautan
terminum air saat kehausan
rasa manis biar pahit yang ditelan
perlu ceria walau perit yang kurasakan
.



HAdira Kifly
Arjuna Hati
Tasek Gelugor, Pulau Pinang
22102011 18:15

Thursday, October 6, 2011

PUTING BELIUNG

Puting beliung
berpusar dalam angin
lemah dan dingin



HAdira Kifly
Pelabuhan Klang
04102011 , 21:45

Friday, September 30, 2011

SETITIS CAHAYA

Dalam cerah suasana
aku nampak setitis cahaya
jatuh merebah sembah
aku langut ke langit
masih tetap cerah

sesekali meletup cahaya
ada air yang menempias di muka
kaget menahan gelora
yang getarnya tersembunyi
yang kabutnya tidak terperi
yang indahnya sering dicari

disentuh ia hilang
dipijak ia pecah
ditadah ia rebah
dicari ia berlari
tanpa disedari


HAdira Kifly
Hati Bidadari
Bandar Baru Bangi
30092011, 16:55

PERINDU KERONCONG

Dimana keroncong
puisi si sulung
berbahasa riang
melakar alam
memanggil rindu
bukan hempedu


HAdira Kifly
Puisi Sang Perindu
Bandar Baru Bangi
30092011, 01:17

Monday, September 26, 2011

BUIH RINDU

Kulangutkan wajahku
aku pandang langit biru
aku lihat larat awan di situ
ada asa yang membeku
dan aku berlalu
tertunduk wajahku

saat buih-buih rindu
ada dikornea mataku


HAdira Kifly
Puisi Sang Perindu
25092011 , 13:39

Friday, September 16, 2011

TRAGEDI SEPI

Toleh kanan
toleh kiri
angin menari - nari
menyentuh hati

pandang hadapan
paling kebelakang
ruang kosong

lihat atas
lihat bawah
gelap

kaku
layu 
mati
penuh tragedi



HAdira Kifly
Hulu Hati
10092011 , 21:09 

Wednesday, July 27, 2011

Piluku Terkedu

Seharian berlari kehadapan
dari sini aku memandang ke kanan
aku nampak kelibat di belakang
lalu aku berpaling semula ke kiri kehidupan
kerana rindu itu terkumpul di perdu


aku rindu menyambut kasihmu
aku seru namamu tanpa jemu
aku mahu tebarkan bahagiaku
aku mahu kongsikan ceriaku
aku mahu kau tahu tentang rinduku


namun bahasaku jauh tertinggal di istanaku
suaraku tersekat di situ
saat kau lontarkan amarahmu
mengatakan aku mengganggumu
membuat aku pilu terkedu
lalu melayang roh dijiwaku...

Tuesday, June 28, 2011

Hilanglah Catatan Kisah Cinta

Di mana lagi harus aku
mencari
sejalur embun yang
menitip kerinduan
catatan kisah duka
seorang insan
pada gugusan rindu
kehidupan
lembaran-lembaran kisah cinta kurniaan tuhan
yang kita lalui semalam
kenangan yang kita
pertahankan
lenyap segalanya dari
pandangan
sejarah hanya tinggal
kenangan
lalu gugur satu persatu
mutiara tanpa dapat
ditahan...

Dulunya dia terlalu
dinantikan kehadirannya
dia diagung-agungkan
sentiasa
dulunya terlalu dijaga
keperluannya
lalu disimpan segala cerita
buat titipan rindu pada
yang setia
datang seorang yang
sedang berduka
menggunakan hamparan lembaran yang ada
lalu dipadam segala kisah cinta yang tertera
tanpa terbit sebarang rasa
hilanglah catatan yang
terjaga
dibawa hembusan yang mendamai
hilang tanpa jejak yang
dapat dikesan...

Monday, September 27, 2010

ANTARA

Antara langit dan bumi
di situ kulihat sinar mentari
terang bercahaya

antara awan dan angin
di situ kuterasa bayu lembut
bertiup sebebasnya

antara laut dan pantai
di situ ku nampak cahaya membiru
bercantum menjadi satu

antara haiwan dan alam
di situ jelas terbayang
sinar kehidupan

antara kasih dan sayang
di situ dapat aku rasakan
sesuatu yang sukar digambarkan

Pelangi

maaf