Sunday, May 8, 2011

Bersama Warga Kerajaan Bertahta

Si Putera menagih kasih
Minta diiring dan diarak melata
Menjelajah bersama
melihat kota
Bersama Ratu adalah utama
Kerana hati teramat
rindu

Sedang fajar naik melangit
Kutebarkan hasrat sang Putera
Ratu mendengar penuh ceria
Tersenyum senang diselit hilai tawa
Persiapan dilakukan serta merta

Lalu dikhabarkan kepada dia
Pemimpin agung, taat
dan setia
Hasrat ingin melawat
kota
Dengan senang dia
berkata
Berangkatlah ke mana
sahaja
Asal pulang ke Kerajaan Bertahta
Moga kita kekal bahagia..

~_~
'Terima Kasih, Pemimpin Kerajaan Bertahta'
'Only you...'

No comments:

Pelangi

maaf