Monday, January 3, 2011

Sandiwara

Dia seorang pemain sandiwara
dikagumi tua muda
dia menangis kita ketawa
dia ketawa kita gembira
tiap gerak-gerinya diikuti
suka-dukanya turut dirasai...

Kerana dia hebat
ramai yang ingin dekat
dikipas dengan puja dan puji
riaknya marah menjadi api
yang datang adalah kelkatu
setiap kali dia dihampiri
gugur terkulai satu persatu...

No comments:

Pelangi

maaf