Saturday, May 7, 2011

Gurindam Pahit

Duhai hati yang tak berlagu
Hilanglah hibamu
cairlah segala beku di dada
tenanglah segala macam rasa
tabahlah menghadapi onak duri yang melanda
Lagu itu bersenandung
gurindam itu beralun
lemah dan longlai
menanti dan menunggu
hingga hilang segala jemu
lalu terbit sejuta rindu

Tahukah kau bahawa aku rindu?
Tahukah kau bahawa aku gembira di sini
Sehingga segala rasa aku buang
sehingga segala duka aku tepis
sehingga benci pada insan yang satu itu
aku hapus perlahan-lahan
sehingga api cemburu itu kian terpadam,
Tahukah kau tentang itu...?

Sudah tentu Tidak!
Kau tahu?
Aku terlalu gembira di sini
Aku bahagia di sini
hingga terlalu banyak yang ingin kuluah
terlalu banyak yang ingin dikongsi
lalu kita bernada senda
melepaskan rindu dalam hilai tawa
biarpun dapat merasa sekejap cuma

saat bibir ingin berbicara
ada yang perlu kau laksana
keluhan yang terlalu halus itu terluah jua
bersulam senyum dan tawa 
kerana aku ingin sentiasa akur

Namun telingamu pantas menyambut duka
bibirmu pantas menutur lara
hatimu terus dipagut hiba
tona suaramu bertukar nada
lalu senyum dan hilai tawaku
mati di situ
dan air mata itu,
gugur terkulai juga...

Cukup sebaris dua kata
memohon memintas memutus kata
kerana urusan yang berkunjung tiba
itu cukup buat aku faham sejuta bahasa

Tapi sayang!
Tona dan nada 
yang terluah cukup berbisa
hingga hati turut dipagut hiba
menghilangkan rasa kantuk
bersama gading yang bertanduk..

No comments:

Pelangi

maaf