Wednesday, January 26, 2011

Tujuh Bulan Yang Segar Dalam Bias Ingatan...

Lebih 7 bulan yang lalu
Aku ke satu sudut dunia
Aku melangkah seawal matahari mula meninggi
Aku menerjah ruang sesawang maya
Aku bertukar kata dengan dia
Teman alam maya
Yang aku sendiri tak kenal siapa




Aku nyatakan aku dirundung derita
Aku dikalung rasa hiba
Lalu dia datang memberi kata dua
Aku membalas sepatah bicara

Empangan air mataku pecah
Aku tak mampu menahannya
Aku gagal membendung segalanya
Aku gagal merahsiakannya
Terlalu lama rasanya aku menyimpan duka
Terlalu pedih hati dan rasaku tika itu...

Detik itu,
Segalanya terluah di situ
Aku hamburkan segala rasa
Aku taburkan segala derita
Aku curahkan segalanya
Apa yang terbuku
Padu dalam jiwa...

Lalu,
Dia datang membimbingku
Dia mendengar tiap butir bicaraku
Dia hadir menemaniku
Dia dekat biar jauh beribu batu
Dia erat kejap dalam peluk mimpiku

Mahu kau tahu?
Sejak detik itu berlalu
Aku temui semula damai dihati
Aku temui pengubat luka
Aku temui pendamai jiwa
Aku temui segala bahagia

Aku temui ceria yang hambar dulu
Aku temui bisikan cinta dan sayang yang kurindu dulu
Aku beroleh impian yang aku bina dahulu
Aku gembira dengan hadirmu
Aku bahagia adanya dirimu

Aku kembali hidup
Diriku tak lagi mati
Jiwaku tak lagi membeku
Hatiku tak lagi layu
Perasaanku tak lagi terluka
Diriku tak lagi menderita
Oleh onar mereka
Yang senang melihat aku sengsara...


~~~ Buatmu yang tersayang, B... Terima kasih kerana mengembalikan hidupku yang telah lama mati...~~~



7 bulan telah berlau….
Teringat saat itu...
masih segar dalam memori ingatku...
cinta pertama itu datang, cinta itu tidak pernah usang...

3 comments:

ghost said...

semoga kebahagiaan sentiasa melingkari hidup kamu.

beautiful_rose said...

seseorang yang di rindu...

HAdira Kifly said...

biskut: amien.... Terima kasih.. :)

beautiful_rose: rindu yang teramat rindu..... ;)

Pelangi

maaf