Wednesday, January 26, 2011

Aku Terpana...

terhenti langkah ini
menapak memijak bumi
melangkah keserata negeri
mencari damai di hati

aku terpaku di sini
melihat satu kurniaan Tuhan
aku terpaku di situ
merasai kehangatan Rahmat Tuhan




aku terdiam tanpa kata
aku senyap tanpa suara
aku sepi dalam bahagia
aku tetawa tiada berduka

di satu sudut dunia
aku terlihat dirimu
di situ kau tersenyum
indah jelas dimataku

di situ ada engkau
datang membawa cahaya
datang memberi harapan pasti
datang bersama kasih yang berpanjangan
datang kerana sayang
datang kerana bahagia

No comments:

Pelangi

maaf