Wednesday, July 27, 2011

Piluku Terkedu

Seharian berlari kehadapan
dari sini aku memandang ke kanan
aku nampak kelibat di belakang
lalu aku berpaling semula ke kiri kehidupan
kerana rindu itu terkumpul di perdu


aku rindu menyambut kasihmu
aku seru namamu tanpa jemu
aku mahu tebarkan bahagiaku
aku mahu kongsikan ceriaku
aku mahu kau tahu tentang rinduku


namun bahasaku jauh tertinggal di istanaku
suaraku tersekat di situ
saat kau lontarkan amarahmu
mengatakan aku mengganggumu
membuat aku pilu terkedu
lalu melayang roh dijiwaku...

2 comments:

pisau belati said...

Pembunuh Tanpa Bayang :

simpan rindu itu...

HAdira Kifly said...

Rindu yang sentiasa ada di situ dan akan terus ada di situ...

Pelangi

maaf