Senja itu
kau khabarkan rindu padaku
kau kata kau mahu mengembara
nun jauh ke utara
kau mahu berjalan
membelah angin pelabuhan
Aku sua keinginan
andai aku memang dibenarkan
aku mahu bersama mengembara
menghilangkan resah dan rindu di dada
bertemumu duhai sang pencinta
Kau terdiam sejenak
merenung mencari kepastian
menolak jika ada keraguan
menerima jika ada keizinan
dan melaksanakan jika ada kesempatan
Setelah beberapa ketika
kau menghubungiku
kau pinta aku bersamamu
merentasi perjalanan semanis madu
hanya kau dan aku
tanpa ada yang mengganggu
p/s: dikarang istimewa dari dalam 'cabin'. ^_^
No comments:
Post a Comment