Monday, April 25, 2011

I...

I asked for strength and
Allah gave me difficulties
to make me strong

I asked for wisdom and
Allah gave me problems
to solve

I asked for courage and
Allah gave me obstacles
to over come

I asked for love and
Allah gave me troubled people
to help

I asked for favors and
Allah gave me
opportunities

Maybe i received nothing i wanted
But i received everything i needed!
May Allah bless us.

"La
yukallifullah illa us'aha" - tidak diuji kamu dgn ujian
melainkan sesuai dgn
kudrat kamu" :)

Sunday, April 24, 2011

Perjalanan kita

Senja itu
kau khabarkan rindu padaku
kau kata kau mahu mengembara
nun jauh ke utara
kau mahu berjalan
membelah angin pelabuhan

Aku sua keinginan
andai aku memang dibenarkan
aku mahu bersama mengembara
menghilangkan resah dan rindu di dada
bertemumu duhai sang pencinta

Kau terdiam sejenak
merenung mencari kepastian
menolak jika ada keraguan
menerima jika ada keizinan
dan melaksanakan jika ada kesempatan

Setelah beberapa ketika
kau menghubungiku
kau pinta aku bersamamu
merentasi perjalanan semanis madu
hanya kau dan aku
tanpa ada yang mengganggu

p/s: dikarang istimewa dari dalam 'cabin'. ^_^

Tuesday, April 19, 2011

Masih Lagi Aku Terasa

Kuterdengar sayup merdu suaramu
Saat cinta terlafaz untukku
Masih terasa getaran itu
Saat mata kita saling beradu
Saat seisi alam fikirku terbuai mengenangmu
Mendesirkan senandung lagu rindu

Biar engkau pergi
Membawa getar rindu di hati ini
Bersama angin lalu yang mendayu
Aku mahu detik indah waktu dulu
Tersimpul padu dihatiku
Bagai pelangi
Yang indah warnanya
Biar hanya sekejap cuma...

p/s: Olahan sajak ini didedikasi untuk sahabat blogger ps.. :)

Pelangi

maaf