Monday, October 11, 2010

Agar Kau Tahu

Kau Tahu...
semalam aku terjaga dari lenaku
aku pusing ke kiri
aku pusing ke kanan
cuba untuk kulelapkan mata
ternyata
begitu payah sekali...

setengah jam berlalu
masih juga begitu
aku melihat album
potret indah milik kita
masih juga belum mampu
membuat aku
kembali terlena...

lalu
aku terus mencuba
melelapkan mata
biar payah itu
masih terasa...

bila aku masih belum mampu
memejam kelopak mataku
aku menyeru namamu
memohon kau membantu
tapi kau tak berdaya
untuk membantu....

bila aku
masih tak berupaya
memejam mataku
seperti yang kau tahu
hanya satu pintaku
mahu kau membantu aku
hanyut ke lena mimpiku...

sayang,
bukan daku berkecil hati
tapi memang daku tak mampu
melakukan apa yang perlu...

dan akhirnya
fajar telah pun menjelma
namun mataku
masih lagi terbuka
tak mahu terpejam lena

hingga itu
aku akui
aku masih terjerut rasa
bukan aku tak mengerti
tapi hanya sekejap waktu
yang mahu aku tagih

jujur aku berkata
tiada apa yang terlintas
dalam benak yang kau anggarkan
tak tahu mengapa
terasa payah terlena
biar berkali telah aku cuba
tapi hasilnya tetap juga sama


tak mengapalah kasih
biarlah kau lena
dibuai mimpi
dalam lubuk kedamaian
membiarkan aku terjaga

dan bila tiba detik itu
aku yang kau seru
hati ku begitu berbuku
pernah kah kau tahu
bila ini yang berlaku
apa sebenarnya yang berlaku?

ya,
memang hatiku berbuku
memang hatiku sekeras kayu
tapi dalam jiwaku
aku merintih sayu
aku menangis pilu
aku terlayu saat itu
aku tak mampu menipu
aku hanya milikmu...

sayang,
setelah seruanmu berakhir
terdetik dalam jiwaku
menukar potret milikmu
kepada potret milikku
tapi aku tak mampu
mengubahnya

kerana
aku tak lalu
memandang wajahku
tanpa ada wajahmu
aku tak mahu wajahku disitu
tanpa ada senyum tawamu
aku tak mahu lagi disitu
sendirian di hujung rindu

Lalu
aku ubah kehendakku
aku biarkan ia begitu
aku teruskan langkahku
dan aku kembali mencarimu
aku bahu bersatu denganmu
dalam kudus yang satu

p/s: sayang,
aku mahu kau tahu,
aku masih setia disitu
aku masih setia menunggu
biarpun mereka tak mahu
tapi aku akan tetap bersamamu
selagi kau dan aku bersatu
hingga waktu pun berlalu...

No comments:

Pelangi

maaf