Friday, December 31, 2010

...........

Mata,
pejamlah...

Kenangan,
berlalulah...

Hati,
tenanglah...

Jiwa,
tenteramlah...

Sesungguhnya
ada bahagia
yg menanti
di hujung dunia..

Entah Bila.....

Entah bila
dunia berhenti berdusta...

Entah bila
mimpi akan jadi nyata...

Entah bila
bahagia akan dtg menjelma...

Entah bila
duka berhenti hiba...

Entah bila
di persada usia...

ku akui....

Ternyata,
untuk berjauh hati padamu
memang terlalu sukar...

Biar pun aku menolak untuk berbicara
tapi hati ku jua
yang terjerut rasa...

Aku akui,
kerana cinta terhadapmu
aku menolak segala rasa
biarpun rasa itu
adalah amarah terhadapmu...

Monday, December 13, 2010

Andaiku Pergi.... Mirwana

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Nota Cinta.... Saujana...

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah

Thursday, December 2, 2010

Terima Kasih Sayang....

Dikau umpama mentari
yang sntiasa membri sinaran
dalam hidupku..

Dikau laksana bulan
yang sentiasa menemani
malam-malam sepi ku..

Dikau bagai bintang
yang sentiasa bersamaku
memanah arah menuju bahagia..

Terima kasih atas sgalanya sayang...

Saturday, November 27, 2010

Duhai...

Duhai mentari
bersinarlah sepanjang hari,
agar aku tidak goyah
dalam mengorak langkah...

Duhai bulan,
bercahayalah sepanjang malam,
agar aku tidak menyerah kalah
dengan terlalu mudah...

Duhai bintang,
berkerliplah sepenuhnya
agar aku punya arah
untuk terus melangkah gagah...

Hanya Cinta Jawapannya...

dinginkah cinta ini?
sedingin salju di kutub utara
dan selatan?

atau hangatkah cinta kami?
sehangat api
di gunung merapi?

berdebukah cinta kami?
seperti debu-debu berterbangan
di udara?

mengapa harus ragu
pada cinta yang ikhlas?

usah ditanya mengapa...
hanya cinta yang sesungguhnya...
itu saja jawapannya...

Friday, November 19, 2010

Sepi, mungkin tidak.

Sunyi tanpa nada
sepi aku tanpa sebarang bicara
sepi aku seorang diri
tanpa ada dia di sisi

Ku pandang kanan
ku pandang kiri
tidak kelihatan bayang miliknya
aku ke anjung Syurga
aku mendongak ke langit Dunia
aku lihat Bintang
tinggi dia bersinar
aku senyum

Di manakah dia?
apa situasinya kini?
sibukkah dia?
jika aku menghubungi
adakah dia terganggu?

Aku tetap menghubungi
dia terlalu sibuk untukku
aku tersenyum
dia jujur
aku akur
dia gembira
aku bahagia

Sunyi lagi?
ya, masih sunyi
lalu aku hamparkan segala kasih
aku tebarkan segala rindu
aku paut dedahan cinta
yang aku sandarkan pada dia

Aku senyum.
Aku hilangkan sunyi ini
aku akur begini
aku bahagia di sini
bahagia ada dia
dari jauh menemani
bahagia ada dia
yang sentiasa setia.
Syukur...

was created on 18.11.2010 at 23:15

Monday, November 15, 2010

Lenalah kamu Diperbaringanmu...

letih dan lesu...
itu yang tergambar di wajahmu
tak selesa
itu yang kau rasa
rasa belas kasih,
itu yang terbit dari dalam jiwaku

awal lenamu malam ini
sayu aku melihat dirimu
pusing kanan, lain yang terasa
pusing kiri lain yang terasa
bila kupandang
kau terpejam lena

sesekali kau lepas lelah
batukmu juga tersisa di situ
dengan redup pandangan
aku masih memandangmu
rasa belas kasih
penuh meraja
dalam jiwaku

sayang,
lenalah di perbaringanmu...
tak mahu aku ganggu dirimu
biarlah sunyi yang terasa disini
asal lenamu tidak terganggu...

Tuesday, November 9, 2010

Hanya Untukmu

Memandangmu kekasihku
dengan pandangan sayu
sucinya wajahmu
sesuci embunan salju
setulus kasihmu padaku
seindah cintamu untukku

kerana itu
aku sandarkan sepenuh hati dan jiwa ini
hanya untukmu...

Saturday, October 30, 2010

No Promises...

Hey baby, when we are together
Doing things that we love
Every time you're near I feel like I'm in heaven
Feeling high
I don't want to let go, girl
I just need you to know, girl

I don't wanna run away
Baby, you're the one I need tonight
No promises
Baby, now I need to hold you tight
I just wanna die in your arms here tonight

Hey baby, when we are together
Doing things that we love
Every time you're near I feel like I'm in heaven
Feeling high
I don't want to let go, girl
I just need you to know, girl

I don't wanna run away
Baby, you're the one I need tonight
No promises
Baby, now I need to hold you tight
I just wanna die in your arms

I don't wanna run away
I want to stay forever through time and time
No promises

I don't wanna run away
I don't wanna be alone
No promises
Baby, now I need to hold you tight
Now and forever, my love
No promises

I don't wanna run away
Baby, you're the one I need tonight
No promises
Baby, now I need to hold you tight
I just wanna die in your arms here tonight

I don't wanna run away
Baby, you're the one I need tonight
No promises
Baby, now I need to hold you tight
I just wanna die in your arms here tonight

Friday, October 29, 2010

Kasih

Saat kita melepasi waktu
terasa jejari kasarmu
menyentuh jejari lembutku
terasa bibir merekahmu
menyentuh peluput rinduku
lama di situ

sayang
bila detik berganti waktu
begitu mudah aku terpaku
melihat wajahmu
suci kulihat sayu

tika kasih berlagu rindu
dapat kurasa belaianmu
kejap menyalut tubuhku

sebelum kita bersurai
sempat aku memaut
hujung jarimu
kukucup lama
di hujung rindu
kupasakkan segugus kasih
khas buatmu
kekasihku...

Friday, October 15, 2010

Hentikanlah

berhentilah
hentikan semua lakumu
tak mahu aku terbeban dengannya
tak mahu aku fikirkan lagi
biarlah kau yang mencari aku
tak mahu lagi aku menagih simpati
biarlah aku disini
biarlah aku menyepi
sehingga kau mahu aku kembali....

aku pergi dan berhenti
bukan mermakna aku lupa
tapi aku mahu beri kau ruang
dan penuh rasa
dari sepenuh pengertian
tentang apa yang aku rasa

biarlah aku sendirian kali ini
sendirian memberi aku waktu
untuk merindui aku
andai kau memang
rindu padaku...

dan andai kau masih
mahu tahu apa sakitku
dan apa jua
yang berlaku padaku...

was created on 07.10.2010 ; 23:45

Biarlah

berembum aku menghadap jendela
menghafal bait-bait
makna dan kata
sambil menunggu dia membuka bicara
sudah aku cuba untuk menyeru
tapi katanya sekejap cuma
kataku yang ringkas
dan punya sedu sedan
tiada terkesan di mindanya....

maaf sayang,
biarlah daku menyimpan rasa
biarlah kasihmu melindung duka
biarkan daku memujuk cinta
biarlah daku sendiri sekejap cuma...
biarlah daku tenang di pelosok dunia....

was created on 07.10.2010 ; 23:33

.......

Dari satu stesen
ke satu stesen
pertemuan yang berbeza
tapi tetap istimewa....

dari persimpangan
yang tiada arah tuju,
ku temu arah yang nyata....

B,
sungguh hadirmu
begitu bermakna buatku
bergelar isterimu...

Sayang,
cinta kita memang berbeza
cinta kita tak serupa
dengan cinta mereka
kita punya sejarah yang asing.
kata orang,
kita memang pelik
kerana boleh menerimamu sebagai suamiku...

apa pun kata orang
ayang tak mahu peduli
asalkan aku ada kamu,
itu lebih memadai...

was created on 04.10.2010 ; 13.35

di situ aku tahu....

Biarlah aku pendam semua
Biarlah aku simpan ia
Biar saja aku di sini
di hujung padang
menunggu jentolak
meragut padi
melihat burung berterbangan
menikmati keindahan alam
membiarkan sinar suria
menampar pipi
menghirup udara petang
membaluti tubuh....

tika itu aku kekeringan.....

was created on 01.10.2010 ; 20:15

Sayang....

Sayang,
maaf hatimu terluka
maaf hatimu tersiksa
bila kau sering terjerut rasa
maaf yang dapat aku ungkap.

bukan niatku menyakitimu
tapi hatiku memang untukmu
tiada yang pernah peduli
melainkan dirimu...

ibu hanya bertanya intan mutiara
ayah pula hanya pada Yang Esa
abang dan adik memendam rasa
akhirnya
aku
bersendirian terjerut rasa
memendam kata
mengolah asa

di situlah aku terkaku
terpaku mengharapkanmu
menghadirkan sinar untukmu
demi cinta yang satu

sayang,
tika hati ini berdetik
bahawa aku milikmu
takkan pernah kuubah ia
tak pernah aku terbayang
untuk pergi jauh darimu

dermaga yang sepi itu
tak lagi sepi
tanjung yang kosong itu
tak lagi kosong
hati yang sunyi itu
tak lagi sunyi
bila kau sudi hadir
dalam hidupku
sayang....

padang yang berpasir itu
tak lagi berpasir
gurun yang kontang itu
tak lagi kontang
hati yang kering itu
tak lagi kering, sayang
semuanya telah berubah
sejak hadirnya dirimu...

was created on 24.09.2010 ; 15:15

Syukur....

Sesuatu yang tak pernah dirancang

tapi Allah telah menentukan

tanpa halangan


akhirnya tiba juga aku di perdamaian


Kasih Sayang....


Syukur
Tuhan,

Kau kabulkan tiap permintaan....

was created on 20.09.2010 ; 10:52

Kau Aku Yang Punya


Sedalamnya lautan kasih

Setinggi mana awan biru

Seluasnya lautan terbentang

Selebarnya angin bertiup

Senafas aku menyebut

KASIH!!!!

Aku tersenyum….

Aku gembira….

Aku ada….

Sentiasa ada….

Kerana apa?

Kerana kau tetap setia

Kerana kau tak pernah lupa

Kerana kau sentiasa bersama

Kerana kau aku yang punya!!!


was created on 03.09.2010 ; 01:05

Andai lah.....

Dalam kekalutan yang panjang
Aku terdampar di barat dunia
Aku cuba untuk melangkah
Aku temui sedikit kekuatan

Di situ aku terdampar
Sdi situlah aku di campakkan
Di situlah aku di tinggalkan

Andai punya waktu untukku
Andai masa masih menyebelahiku
Izinkan aku menghantar kiriman rindu
Izinkan aku sampaikan padamu
Bahawa kau teramat rindu
Dan cinta padamu…..

Was created on 03.09.2010 ; 01:00

Monday, October 11, 2010

Agar Kau Tahu

Kau Tahu...
semalam aku terjaga dari lenaku
aku pusing ke kiri
aku pusing ke kanan
cuba untuk kulelapkan mata
ternyata
begitu payah sekali...

setengah jam berlalu
masih juga begitu
aku melihat album
potret indah milik kita
masih juga belum mampu
membuat aku
kembali terlena...

lalu
aku terus mencuba
melelapkan mata
biar payah itu
masih terasa...

bila aku masih belum mampu
memejam kelopak mataku
aku menyeru namamu
memohon kau membantu
tapi kau tak berdaya
untuk membantu....

bila aku
masih tak berupaya
memejam mataku
seperti yang kau tahu
hanya satu pintaku
mahu kau membantu aku
hanyut ke lena mimpiku...

sayang,
bukan daku berkecil hati
tapi memang daku tak mampu
melakukan apa yang perlu...

dan akhirnya
fajar telah pun menjelma
namun mataku
masih lagi terbuka
tak mahu terpejam lena

hingga itu
aku akui
aku masih terjerut rasa
bukan aku tak mengerti
tapi hanya sekejap waktu
yang mahu aku tagih

jujur aku berkata
tiada apa yang terlintas
dalam benak yang kau anggarkan
tak tahu mengapa
terasa payah terlena
biar berkali telah aku cuba
tapi hasilnya tetap juga sama


tak mengapalah kasih
biarlah kau lena
dibuai mimpi
dalam lubuk kedamaian
membiarkan aku terjaga

dan bila tiba detik itu
aku yang kau seru
hati ku begitu berbuku
pernah kah kau tahu
bila ini yang berlaku
apa sebenarnya yang berlaku?

ya,
memang hatiku berbuku
memang hatiku sekeras kayu
tapi dalam jiwaku
aku merintih sayu
aku menangis pilu
aku terlayu saat itu
aku tak mampu menipu
aku hanya milikmu...

sayang,
setelah seruanmu berakhir
terdetik dalam jiwaku
menukar potret milikmu
kepada potret milikku
tapi aku tak mampu
mengubahnya

kerana
aku tak lalu
memandang wajahku
tanpa ada wajahmu
aku tak mahu wajahku disitu
tanpa ada senyum tawamu
aku tak mahu lagi disitu
sendirian di hujung rindu

Lalu
aku ubah kehendakku
aku biarkan ia begitu
aku teruskan langkahku
dan aku kembali mencarimu
aku bahu bersatu denganmu
dalam kudus yang satu

p/s: sayang,
aku mahu kau tahu,
aku masih setia disitu
aku masih setia menunggu
biarpun mereka tak mahu
tapi aku akan tetap bersamamu
selagi kau dan aku bersatu
hingga waktu pun berlalu...

Yang Tak Pernah Selesai...

Belum tentu

Dadaku tenang

Membiarkan sunyi itu

Menyusup dalam gelisah

Yang tua

Menyatu

Dengan purba usia

Masih sempat menjeling

Tragedy

Dari kepekatan nestapa

Menjadi rahsia terbuka

Bagai menambah dosa...



Bukan sukmaku telah padat

Bukan rasaku menyerah iradat

Setiap kali mentafsir hakikat

Rupanya lika itu belum lengkap



Tingkah dan tindak

Tidak pernah bijaksana

Jarang memerangkap sempurna

Sering patah

Dan perlu berpapah

Lalu kehilangan

Diri setiap detik

Setelah rela merasa pasti

Bila Berjaya mencipta ngeri

Lalu mengurung ratap sendiri...



Siapa lagi

Yang bakal terluka

Bila lelaki

Sibuk dengan kata-kata

Untuk melaksanakan keputusan

Sedang cinta

Hanya sihir kesetiaan

Yang tak pernah selesai...

Sepi

Aku berbicara dengan sepi
Disisiku
Aku berbicara dengan sepi di depanku
Terdengar suara rindu
Sayu dikalbu
Aku berbicara dengan sepi
Di hati

Terbayang wajahnya
Yang jauh dari mata
Menyusur jalan-jalan ini
Semuanya datang satu persatu

Aku menyanyi
Dengan suara sepi
Irama yang mendayu
Nyanyian sepi

Pohon yang berbalam
Sepiku yang kelam

I MISS YOU!!!

I miss You
With my whole Heart...

and with my mind...
that Loves to
think about you

and with my lips
that love to kiss you

and with my eyes
that love to look at you

and with my ears
that love to
hear you laugh

and with my arms
that love to hold you

and with my....
Let's just say
I MISS YOU
Mind, Body, Heart, and Soul!!!!

Friday, October 1, 2010

kata

bila kita berbicara tentang rasa
apa kata dia tentang rasa
pernah kita untai dan intai
apa yang ada
disebalik jerih perih dia meluah kata

apa yang kita tahu
hanya meluah sebuah kata
tapi kita tak tahu
apa makna disebalik kata yang terungkap

barangkali kita lupa
ada sesuatu di luar sana
yang lebih tahu
erti disebalik kata

Monday, September 27, 2010

Buat pertama kalinya
aku menaikan segala rasa
inginya entah kali yang keberapa

Cinta yang aku janji
itulah yang aku beri

Janji yang aku kata
itulah yang aku kota

Apa yang aku bawa
semua hanya untuknya

Tak terlintas dari bayangan mimpi
tak terdetik melintas dihati
tak jua terlindung di ruang sepi

Rupanya masih ada
jiwa sudi memberi
hati sudi menerima
indah maksud sebalik tutur dan lafaz
mudah kuterima
mudah jua aku membalasnya

Tidak hanya indah pada kata
tapi aku zahirkan dengan rupa
tidak hanya indah butir bicara
tapi aku penuhkan makna jiwa
tidak lagi kosong dalam dunia
moga akhirat jua kita bersama

Bersatulah
tak kumahu meremuk hatimu
bagai yang dulu selalu aku laku
bagai yang telah tersurat milikmu
mahu melangkah ke utara aku menuju
membuka ruang lebar bersamamu...

Reply to Abang Zul...

Untuk sekali lagi
tersisih aku dari segala rasa
terabai dari semua janji
tertinggal oleh seluruh mimpi
terhantar aku ke ruang sepi

Rupanya masih ada
lidah yang lancar melafaz
jiwanya entah dimana
enak katanya, indah bicaranya
kosong maksud, sifar makna hatinya

Jadi terbodoh lagi aku
terjual hidup-hidup oleh tutur
manis penuh harap
tapi mungkir isinya

Biarlah
walau hati ini remuk terhempas
akan ku langkah juga
menatap hujung jalan ini
moga tenang menanti
di hujung sana

By:: Abang Zul...

Rindu....

Jalur-jalur rindu itu

mula bertandang lagi

mengetuk pintu kamar hatiku

mengukir mimpi-mimpi indah

bersatu dalam kesegaran rasa.

Mengingatkan aku kepada mereka

kuhamparkan sebidang tikar harapan

dari anyaman jari-jari berseni.

bermula dari sebuah tuntutan

kemanusiaan yang kering

cinta dan kasih

lumat di mana-mana

kau menghilang ke sana

bersembunyi di balik asa dan masa

detik telah memisahkan kita...

Lantas....

bila memori-memori lama tiba

menerjah setiap ruang minda

terbayang satu persatu

di kornea mata

senuah duka lama terkubur

sebakul resah hati kian gugur

pada ingatan lambaian yang terkapar...

Hibalah kerinduan

sendulah tangisan

dukalah perasaan

membendung sebuah kerinduan

erti sebuah kecintaan

dari seorang insan

kepada Tuhan...

Sekali Lagi....

di sudut nan sempit

sering diintai kelam

tika jasad terus dihimpit

dan nadi terasa terhenti

bagaikan tiada udara di sini

ada bayang pada mimpi

mungkinkah ada rindu lagi

pada kenangan abadi

sekali lagi?

Pelangi

maaf